Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Monday, July 01, 2013

Tinjauan Ke Jonker Walk...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Jonker Walk merupakan pasar malam popular di Melaka yang menjadi kunjungan orang ramai termasuk pelancong.  Di sepanjang jalan ini, seramai 300 orang peniaga Cina mengambil tempat untuk berniaga bermula jam 6 petang sehingga 12 tengah malam, sedari 13 tahun yang lalu.

Kerajaan negeri Melaka bercadang untuk membuka laluan (yang ditutup sepanjang 13 tahun) tersebut kepada kenderaan, bagi tujuan mengelakkan kesesakan lalu lintas di Bandaraya Melaka ini. 

Bagi melaksanakannya, beberapa kajian perlu dilakukan dan peniaga dinasihatkan untuk berniaga di kaki lima bukan di atas jalan raya, bagi membolehkan kajian terhadap laluan kenderaan dijalankan, sama ada benar penutupan (adanya pasar malam) laluan menjadi penyebab kesesakan lalu lintas di sekitarnya.

Begitulah lebih kurang isu agak hangat di Melaka sekarang ni... Hari ni encik hubby dapat arahan dari HQ untuk membuat tinjauan dan special report tentang isu di Jonker Walk. Bila encik hubby ajak ke Jonker Walk, saya on je... Lagipun teringin juga nak tengok keadaannya.

Berbeza keadaan hari ini dengan kunjungan saya yang lalu (tahun lepas). Tahun lepas, Jonker Walk terlalu padat dengan pengunjung. Terpaksa bersesak-sesak. Sehingga terpaksa dukung Alisya kerana takut terlepas pegangan tangannya. Nak ambil gambar di sepanjang Jonker Walk tu memang tak boleh la... 

Gambar tahun lepas
Gambar tahun lepas...
Tahun lepas tak buat pun entri pasal Jonker Walk ni.. :P
Mana tau nanti tak dapat dah ambil
gambar  di sekitar Jonker Walk ni...

Tapi tadi, kami boleh jalan dengan 'selesa'. Jalan tidak sesesak dulu. Nak ambil gambar pun boleh... Apa yang saya perasan, ada juga peniaga yang tidak berniaga. Protes barangkali... Keadaan pun taklah semeriah kunjungan saya dulu.

Agak lengang...
tak macam kunjungan saya tahun lepas...
 
Ada juga bertanyakan beberapa orang peniaga di situ tentang isu tersebut. Rata-rata memang tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan negeri Melaka, untuk membuka jalan tersebut kepada kenderaan. Ada juga yang risau, di mana pula tempat mencari rezeki, jika benar mereka tidak boleh lagi berniaga di situ...

Apapun, kita tunggu je la keputusan kerajaan negeri Melaka... Jika benar laluan terpaksa dibuka kepada kenderaan, maka tiada lagi orang berniaga di Jonker Walk

Sempat juga kami sambar satu fridge magnet Jonker Walk, mana tahu nanti tak dapat lagi berjalan-jalan di sini... (^_^)


Nota kaki: Melaka ni weekend, cuti sekolah dan cuti-cuti umum yang lain, memang sentiasa sesak... 

* * *


Tupperware Kiyter sedang merekrut ahli baru dalam team kami. 
Nikmati diskaun sehingga 25%-30% sebagai ahli  
(atas barangan Tupperware (25%), NatureCare, Nutrimetics, TupperClean) 
dengan yuran keahlian hanya RM70.00
Juga nikmati pelbagai lagi keistimewaan lain.

Call/SMS/Whatsapp: Nora: 0193441384 / Kamarul: 012-6526556
Jom Sertai Kami! ^_^

11 comments:

  1. Kalo hujung2 minggu. Melaka sesak sgtttt. Pernh pergi haritu. Tp tak sempt nk p mana3 pun. Jemmmsss

    ReplyDelete
  2. Dah lama x pegi jonker walk nie..

    ReplyDelete
  3. pernah smpy melaka dah..tp lum pernah smpy sini..nmpk best je

    ReplyDelete
  4. tak pernah sampai kesini lagik...nampak happening tempat ni...

    ReplyDelete
  5. sy lalu kat situ time x sesak je...hehehehe

    ReplyDelete
  6. baru tahu pasal jongker walk n isunya..apa benda la sy ni tak amik tahu hal semasa..mujur rajin baca blog.hehe..

    ye la bandar kecil,pusat pelancongan pula.weekend je sesakl a..

    ReplyDelete
  7. Tak pernah lagi pergi Jonker Walk ni NK....tak tau kat mana

    ReplyDelete
  8. tempat baru yg maikn popularkan di melaka, malam mmg meriah kat sini.. x pernah sampai lg...

    ReplyDelete
  9. rsa tak pernah lg smpi sini..mgkn 1 hari nnt :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...