Nuffnang Ads

Agoda Ads

Monday, September 14, 2015

ZALORA: Tips Gayakan Shawl Murah

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Siapa kata nak bergaya kita perlu berbelanja besar? Tak semestinyakan?! Yang penting... kita kena kreatif dan yakin bila berfesyen. Berfesyen di sini bukan hanya pada pakaian saja tau! Pemilihan kasut, beg tangan, aksesori malah termasuklah pemakaian tudung/shawl (bagi yang bertudung).

Jom saya nak kongsikan tips menggayakan koleksi shawl murah bersama ZALORA. Biarpun memakai shawl murah, anda masih boleh tampil bergaya tau!

1. Dapatkan shawl murah yang selesa untuk dipakai. Penting untuk anda pastikan fabriknya sesuai dan selesa, maklumlah... cuaca di Malaysia ni kan panas. Oh ya, kalau anda lihat di laman sesawang ZALORA, jangan terkejut... harga shawl di ZALORA bermula dari hanya RM10 tau! Anda pasti teruja... So, nanti boleh intai-intai ya... (^_^)


2. Ok tip ini saya rasa sangat penting. Kalau anda nak menggayakan shawl, pastikan anda memakai anak tudung/inner. Bukan apa, penampilan anda akan nampak lebih kemas dengan adanya inner. Sebenarnya inner membolehkan anda bergaya dengan pelbagai teknik unik pemakaian shawl. Tak percaya?! Anda kena cuba!


3. Pilihlah aksesori seperti kerongsang, bracelet, beg, kasut dan sebagainya yang berpadanan dengan corak dan warna shawl anda. Tak semestinya pakai tudung tak boleh pakai aksesorikan?! Yang penting anda kena bijak mix and match. Cuma perlu diingatkan rekaan aksesori yang simple adalah yang terbaik!


4. Akhir sekali, dalam berfesyen anda perlu berani bereksperimen dengan fesyen tudung terkini dan mencuba lilitan shawl kontemporari yang unik. Macam mana?! Ha... kan ada banyak tutorial pemakaian hijab yang anda boleh dapati di laman sosial seperti YouTube, Facebook dan Instagram. So, anda hanya perlu klik dan cuba! Mudahkan?

Selamat mencuba!   
Online shopping dengan ZALORA, yuk! (⌒‿⌒)

25 comments:

  1. Seronok shopping kat zalora ni. Byk pilihan :)

    ReplyDelete
  2. Sayakan asal ada masa terluang aje, 'window shopping' kat Zalora. Rambang mata tau. Kalau boleh semua pun nak klik masuk cart. Tengah sibuk cari shawl juga ni sebabnya oh nak kahwin lagi...opppsss.... my nephew nak kahwin! Saya macam biasalah kecoh memanjang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha mmg sesuai sgt la tu MD... sekarang shawl murah2 bangat!... boleh la sambar 4,5,6 lai... hahhahahah

      Delete
  3. hadoiiii...akak kalau dengo yg murah2 yg tak tahan ni....hahaha...walau murah tapi cantik yg paling terbest tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan?! saya pun terkejut juga tgk harga shawl di zalora tu... nampak cantik juga!

      Delete
  4. Zura biasanya pilih gaya yg paling senang aje. X reti sgt nk belit2 style terkini. Hehehe. Janji labuh dan menutup bahagian dada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul zura... akak pun baru-baru je belajar pakai shawl... yang penting labuh!

      Delete
  5. sy shopping kat zalora kalu betul ada sale ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan?! heheheheh... ni tgh ada byk juga sales boleh la intai2kan.. hehehe

      Delete
  6. rambang mata klu bukak zalora ni..

    ReplyDelete
  7. Setuju sangat NK....kalau suka bergaya mmg pandai jerlah nak lilit tudung tu, tak kira lah tudung murah ke mahal yg penting kreatif....
    Okje suka sebenarnya cuma tulah....kalau over sangat malu kat orang pulak hihi

    ReplyDelete
  8. Zalora dh makin mahal.
    Blouse dia bnyk juga lawa2... hihi...
    Tp mahal...
    Hrtu g conf dgn marketing boss zalora ... errr rasa nk komplen je apsal ko makin mahal haaaa...

    Hihi...
    Dulu2 pnh beli a few thing dgn zalora... like palazo... brooch etc... tp shawl plg hampeh... punya lah jarang... hihi...
    Tp palazo ngn brooch dia lawa... puas hati...

    Hihihi...

    Dahhhh membebel kt sini... hihi...
    Sowy sis

    ReplyDelete
  9. Bestnya....selain. tudung bawal...shawl juga salah satu tudung yang Diana suka pakai....

    ReplyDelete
  10. suka tengok aje kat situ
    beli belum penah lagi =)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...