Nuffnang Ads

Agoda Ads

Friday, November 23, 2012

Susun: Rak Dapur

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Projek mengemas satu-satunya rak di dapur rumah sewa saya ni dah lama nak buat... cumanya baru jumpa saiz tray yang bersesuaian, untuk menyusun semula barang-barang yang saya letakkan di atasnya. Rak di dapur saya ni mungkin tuan rumah yang buat atau penyewa sebelumnya. Rak ni lebih kurang sedepa panjangnya, berada betul-betul di atas sinki. Sebelum saya menyusunnya, ia kelihatan seperti ini:



Nampak tak tersusunkan?! Plus rak ni agak tinggi, so saya tak nampak dan tak ingat apa yang berada di belakang tu... Bila saya nak ambil barang di belakang tu saya kena la panjat sikit. Memang agak susah la... So, apa yang saya buat:

1. Saya cari tray yang boleh mengisi barang-barang saya tu... Harga tray tu dalam RM3.00 satu. So saya beli 4.( saya beli kat Mydin je... "Mengapa Bayar Lebih?" :p )

2. Saya turunkan semua barang yang ada di rak tersebut... Atau pendek kata kosongkan rak tu...



3. Saya pilih barang-barang yang masih elok dan boleh dipakai (oh jangan terkejut ada juga yang dah expired :p ). Kemudian saya asingkan mengikut kategori... (eh ada kategori pulak?!) Sabun pencuci, spray dapur, spray nyamuk dan lain-lain.

4. Bila dah asingkan ikut kategori, saya labelkan tray. Ini bagi memudahkan saya untuk tahu apa yang ada dalam bahagian belakang tray tu. Lebih kurang macam ni la...


5. Kemudian saya susunkan tray di atas rak tersebut... Taraaaa... dah siap!



So, selepas ni saya tak perlu lagi angkut bangku untuk tengok apa yang ada di belakang rak tu... Saya hanya perlu tarik tray dan walla saya dah boleh ambil apa yang patut... (^_^) Mudahkan?! Jom cuba! Mudah sikit kerja-kerja rumah kita nanti...


Sebelum...

Selepas...


 

28 comments:

  1. Rak kita sama lah kak. Cuma saya nyer pendek sket. Letak barang2 toiletries gak. Nampak tersusun ☺☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke? bagus juga ada rak ni... sbb tak de kabinet... so kena la susun agar muat nak letak barang... hihi

      Delete
  2. tak perlu bayar lebih..tapi terus kemas tersusun..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha tu la kan?! heheh... eh lama rasa tak jenguk blog anis... nanti akak jenguk ya...

      Delete
  3. great idea...nak tiru,tp kt umah sy ni takde plk rak cmni..

    senang nak cari kan bila dh tersusun...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. izzah, tak semestinya rak macam tu je.. kalau ada kabinet dapur pun boleh pakai tray... senang nak ambil barang.. try la... (^_^)

      Delete
  4. rindu madam punya hand writing. heheh :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. adeh... tau la tulisan tak seberapa... :( kalau tulis kat white board lagi la... sbb tu la nota yang saya bagi agak dah complete... supaya saya tak perlu tulis kat white board... hahahah

      Delete
  5. suka tengok bila dah kemas tu, tapi yg susahnya, nak mencari masa mngemas tu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg pening kepala bila dah banyak2 tu... nak pilih... nak asing... tapi memikirkan nak mudah selepas2 tu... kena la buat juga...

      Delete
  6. ok mmg nampak lebih cantik dan tersusun :)

    ReplyDelete
  7. tersusun je kan... boleh try la.. saya pun keadaan macam yg gambar sebelum tu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh mudah je syiela... cuma kena cari tray la... ^_^

      Delete
  8. tersusun mcm ni senang kan..kemas jer

    done digi

    ReplyDelete
  9. bijak²... hihihihi.. bab susun- susun brg ni mmg masih gagallah.. bab menyepah brg cepat jer...

    ReplyDelete
  10. idea yg best.. blh dipraktikan ni, thanks :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...