Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum
dan salam ziarah,
Kiri, kanan,
depan, belakang orang akan bertanya tentang azam tahun baru 2014. Tak
lama dah... Lagi beberapa jam dah pun masuk tahun baru...
Jumaat lepas
saya berborak panjang dengan kakak ipar saya, Kak Rozi... Hingga
hampir jam 4 pagi... Maklumlah, kami jarang berjumpa, bila sekali
berkumpul di Gombak... Maka banyaklah cerita yang nak dikongsikan...
Topik yang
paling menarik perhatian saya adalah tentang "bagaimana nak
perbaiki diri menjadi yang lebih baik di sisi Allah". Perkara
yang jarang-jarang kita nak bincangkan... Betul tak?!
Saya sendiri
mengaku, masih banyak yang perlu diperbaiki. Lagi banyak kami
berbual, lagi banyak yang kami rasa kami perlu perbaiki. Bila kita
share apa yang kita lihat, dengar dan baca, maka lagi banyak
ilmu yang kita dapat...
Jika dulu
masa saya belajar, azam saya adalah untuk berjaya dan beroleh ijazah,
masa saya bekerja, azam saya lebih banyak menjurus kepada kerjaya...
Saya rasa seperti dah terlewat menjadikan perkara-perkara di bawah ni
bukan sahaja sebagai azam malah benda yang saya patut lakukan
sepanjang hidup saya...
Azam 2014
saya:
1. Perbaiki
tertib dan bacaan dalam solat... Kalau ada yang tanya... "La
kan dah solat 30 tahun lebih dah... apa masalahnya?!" - Saya tak
tahu orang lain... Tapi untuk diri saya sendiri, saya rasa lagi saya
baca, dengar dan lihat tentang solat, lagi banyak yang saya perlu
perbaiki. Saya suka membaca, saya suka tengok rancangan islamik di TV
maka sebab itu saya sedar bahawa banyak lagi yang belum sempurna
dalam solat saya dan saya cuba untuk perbaikinya...
2. Belajar
Quran (Tajwid) dan Tafsir Al-quran - Saya tahu bab ini lebih
afdal jika berguru... Akan usaha cari... buat masa sekarang saya
belajar melalui mana-mana medium yang boleh diakses. (teringat pula
masa belajar mengaji dengan arwah ayah... sampai meleleh air mata...)
3.
Perbanyakkan zikir
dan selawat ketika
melakukan kerja-kerja rumah: ketika vakum, ketika basuh pinggan
mangkuk, ketika sidai dan lipat baju, ketika memasak dan kiranya
setiap masa... Anda pasti teruja membaca kelebihan
berzikir di sini... Bahagianya jika kita ingat pada Allah, dan
Allah juga ingat pada kita...
4.
Tingkatkan ilmu
tentang fiqh wanita
- Yang ini pun satu lagi perkara yang saya rasa sangat-sangat
penting... Wanita adalah golongan yang paling mudah untuk masuk
syurga, jika... (saya ambil petikan
dari sini)
“Apabila
seorang wanita shalat lima waktu dan puasa ramadhan dan menjaga
kesuciannya serta mentaati suaminya katakanlah kepadanya masuklah ke
dalam syurga dari mana saja yang dia inginkan.”
(Shahihul
Jami’ li al-Albani, 660).
Apa yang
kita perlu faham tentang wanita? Saya pun masih lagi dalam proses
belajar... tentang wanita merangkumi: aurat, haid, nifas, wiladah,
istihadah, iddah, emas, harta, menjaga dan mendidik anak perempuan,
ibu tunggal, bagaimana jika berlaku penceraian, zakat dan pelbagai
lagi isu tentang wanita. Anda boleh baca
di sini atau Like
Page ini...
Banyak info yang boleh dibaca untuk menambah ilmu.
5.
Perbanyakkan sedekah dan mengajar anak-anak untuk sedekah -
perkara ini saya cuba nak terapkan pada anak-anak, tentang
mengasihani dan membantu orang lain... Selain tu saya juga nak didik
hati saya untuk sedar bahawa apa yang saya dan suami dapat, di
dalamnya juga ada milik orang lain... (insya Allah saya buat entri
lain pasal anak-anak dan sedekah)
6.
Perbanyakkan
menonton, mendengar dan membaca buku-buku dan majalah-majalah islamik
(majalah Al-Ustaz
dan Solusi adalah
antara majalah islamik kegemaran saya) - so
saya akan cuba
kumpulkan setiap keluaran yang saya tertinggal...
7. Berkongsi ilmu - Saya masih nak teruskan berkongsi ilmu dan buku-buku motivasi/islamik (mini giveaway) dengan pembaca blog saya... Insya Allah apa jua ilmu yang saya dapat dan bermanfaat, saya akan cuba kongsikan di blog ini...
7. Berkongsi ilmu - Saya masih nak teruskan berkongsi ilmu dan buku-buku motivasi/islamik (mini giveaway) dengan pembaca blog saya... Insya Allah apa jua ilmu yang saya dapat dan bermanfaat, saya akan cuba kongsikan di blog ini...
Moga
segalanya dipermudahkan Allah... Selamat tinggal segala kenangan
tahun 2013... Moga 2014 dan tahun-tahun berikutnya saya dan para
pembaca blog ini akan menjadi insan-insan yang dekat di sisi Allah...
Amin...
Salam Tahun
Baru 2014, sahabat...
Salam sayang
buat semua...
* * *
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands?
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.