Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,
Mendapatkan makanan yang sihat dan berkhasiat adalah satu kemestian bagi para ibu yang hamil. Ini bertujuan memastikan anak di dalam kandungan membesar dengan baik dan sihat tubuh badan. Selain itu, ibu juga akan mendapat manfaat (khasiat) dari apa yang dimakan. Artikel ini saya terjemahkan dari "Top 10 Pregnancy Super Food", Parenthood Magazine, Issue No. 149, May 2012, page 24.
1. Roti mil penuh (gandum) adalah pembekal tenaga jangka panjang dan penuh dengan serat. Ia mengandungi kalsium, zat
besi, vitamin B dan asid folik.
2. Hampir semua buah-buahan boleh dimakan
oleh ibu yang hamil. Buah-buahan mengandungi serat dan
vitamin c, mineral
dan antioksidan, sama ada ia dibeli dan dimakan segar atau daripada dalam tin.
3. Makanan tenusu seperti keju, yogurt dan susu mempunyai kebaikan protein, kalsium dan vitamin.
4. Sayur-sayuran segar terutamanya yang berwarna hijau penuh dengan khasiat vitamin C, serat dan asid folik.
5. Sumber utama karbohidrat iaitu kentang, memberikan tenaga yang berpanjangan. Ia mengandungi serat, zat besi dan beberapa vitamin.
6. Daging dan ayam mengandungi protein, zat besi dan beberapa vitamin serta mineral.
7. Makanan kering seperti kurma, kismis dan aprikot, penuh dengan zat besi, serat, vitamin C dan beberapa vitamin lain. Ia juga mengandungi mineral.
8. Ikan adalah sumber yang tinggi protein - ia rendah lemak dan tinggi zat besi. Pastikan anda memakan ikan yang kaya dengan Omega-3 seperti tuna, salmon atau sardin 2 atau 3 kali seminggu.
9. Pasta dan beras perang kedua-duanya memberikan tenaga jangka panjang serta mengandungi serat yang banyak.
10. Kekacang adalah sumber serat dan protein yang sangat baik. Makan sebagai kudapan apabila anda terasa agak lapar.
Buat para ibu hamil di luar sana, jaga pemakanan anda bagi memastikan anda dan bayi yang di dalam kandungan mendapat khasiat makanan yang cukup sepanjang kehamilan. Jangan lupa juga untuk minum lebih banyak air suam agar anda tidak mengalami masalah kekeringan kulit. Apa yang penting, nikmatilah pengalaman sepanjang kehamilan... kerana ia sangat menyeronokkan!! (^_^)