Nuffnang Ads

Agoda Ads

Thursday, September 20, 2012

Lagu "Potty Training"

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Sejak minggu lepas saya cuba mendapatkan informasi tentang potty training. Saya berhajat untuk mengajar Alisya ke tandas apabila usianya genap 2 tahun 6 bulan. (sekarang Alisya 2 tahun 4 bulan

Kalau ikutkan aim saya, potty training akan mula diajarkan kepada Alisya, sebulan setengah lagi... Tapi, semakin saya baca tentang potty training, semakin tak sabar nak ajar Alisya. (oh ya saya sangat bersemangat sebab masa Faris saya tak sempat research dan ajar sendiri... Faris pun sampai umur 4 tahun masih pakai pampers lagi... So, Alisya akan jadi bahan experiment saya... :p)

Beberapa hari lepas saya tunjukkan video ni pada Alisya... seronok bukan main dia nyanyi lagu tu... Walaupun tak berapa nak betul apa yang disebut... tapi dia seronok sangat menyanyi... nak-nak part poop dance tu...




Dan selepas mandi pagi tadi, saya tak pakaikan pampers pada Alisya... Saya cakap pada Alisya... "Kakak Alisya nak kencing cakap ya?!"  (saja saya tekankan perkataan KAKAK tu untuk menunjukkan dia dah besar... so tak boleh pakai pampers!)

Dia tak beri sebarang respon... tapi tak pula menangis minta dipakaikan pampers. So, saya biarkan je... dan bermulalah cabaran untuk saya. Cukup 15 minit yang pertama... Saya dukung Alisya sambil nyanyi-nyanyi lagu "The Poop Song"... bawa dia masuk ke toilet. (lagu tu untuk buang air besar... tapi tak pe la... budak kecil memang suka dengar lagu... nak-nak lagu catchy macam tu...) Tapi Alisya tak kencing pun... So, saya pakaikan balik seluarnya dan tunggu lagi 15 minit.

Kali kedua saya bawa lagi Alisya ke toilet. Namun... hm... tak kencing juga... Oklah... tak pe... saya tunggu lagi untuk 15 minit ketiga. Tapi... tak sampai 15 minit yang ketiga, Alisya dah pun kencing di tangga... 

"Mama Cha kencing..." Faris jerit... Saya pun kelam kabut, bawa kain kotor dari dapur... (sebab ketika kejadian saya di dapur...) Alisya senyap je... Takut agaknya... Tapi saya tak la marah... Saya bawa Alisya ke toilet dan beritahu dia, kenapa dia kena kencing dekat toilet. 

Namun, percubaan hari ni tak berhasil sebab setiap kali di bawa ke toilet dia tak kencing... Tapi dia kencing di tempat-tempat tak sepatutnya pula...

Sepanjang hari juga Faris asyik cakap,  "Cha tak pandai kencing cakap kan mama?!" Sambil puji diri sendiri, kononnya dia dah pandai kencing kat toilet... Tak pe Alisya... Kita sama-sama belajar ok... esok lusa mesti Alisya dah pandai macam abang... ;) 

Yey... esok kita cuba lagi...!!

2 comments:

  1. Sdg mncri ilmu untuk dipraktikkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la dayana... nak praktik kat anak, mama yang kena cari info banyak2... :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...