Nuffnang Ads

Agoda Ads

Tuesday, July 09, 2013

Resipi Mudah: Bergedil Nestum

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah...

Lagi resipi mudah sempena Ramadhan, buat persediaan surirumah. Jom buat bergedil Nestum, dan simpan dalam freezer... Bangun sahur boleh la gorengkan... ^_^


Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Isi ayam (dipotong kecil-kecil)
2. 3 biji kentang (rebus, tos dan lenyek dengan garpu)
3. Daun sup dan daun bawang (dihiris dan dibersihkan)
4. Bawang goreng
5. 3-4 sudu Nestum
6. Telur (dipukul)
7. Garam dan kunyit

Cara membuatnya:
1. Gaulkan isi ayam dengan sedikit garam dan kunyit. Kemudian goreng. Dah siap ketepikan.

2. Masukkan isi ayam (yang telah digoreng), kentang lenyek, daun sup dan bawang serta bawang goreng ke dalam lesung tumbuk, lalu ditumbuk. (saya tumbuk satu-satu, kemudian baru gaulkan semuanya)

3. Setelah semua bahan ditumbuk, masukkan Nestum. Gaul rata dan gumpalkan menjadi bulat (or bentuk apa-apa la...) - kalau nak simpan dalam freezer, masukkan ke dalam Tupperware/bekas bertutup. Bila nak makan, boleh teruskan dengan step berikutnya...
4. Bila dah siap, celupkan dalam telur yang telah siap dipukul kembang, dan golek-golekkan (salutkan) dalam Nestum lagi...

5. Gorengkan sehingga keemasan.

Salam Ramadhan dan selamat mencuba semua... ^_^

Entri berkaitan:
Bergedil ayam
Sambal ikan bilis tumbuk
 
* * *


Tupperware Kiyter sedang merekrut ahli baru dalam team kami. 
Nikmati diskaun sehingga 25%-30% sebagai ahli  
(atas barangan Tupperware (25%), NatureCare, Nutrimetics, TupperClean) 
dengan yuran keahlian hanya RM70.00
Juga nikmati pelbagai lagi keistimewaan lain.


Call/SMS/Whatsapp: Nora: 0193441384 / Kamarul: 012-6526556
Jom Sertai Kami! ^_^

14 comments:

  1. Selamat menyambut Ramadhan yg mulia..

    ReplyDelete
  2. Thanks for the resipi kak. Bley try nanti.

    ReplyDelete
  3. bergedil nestum, something different dan boleh dicuba ni... thanks kak share resipi...

    ReplyDelete
  4. lain dr yg lain.. x pernah sy masak bergedil mcm ni...

    ReplyDelete
  5. Idea yg baik ni Nora sebab kalau bersahur biasa kan nak yg ringkas kan.. mudah bila dah ada tinggal goreng aje..

    ReplyDelete
  6. oh kreatif
    buleh juga buat pencuci mulut lepas berbuka
    jimat xyah gi param :)

    ReplyDelete
  7. Menarik ni.... Nak cuba juga

    ReplyDelete
  8. Nyum2 shedapnyer....anak2 saya mesti suka...nak try la...

    ReplyDelete
  9. bleh try ni kak

    salam ramadan 1434H

    ReplyDelete
  10. waa... lebih kurg je dgn resepi begedil bese... bleh cuba

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...