Nuffnang Ads

Agoda Ads

Thursday, August 21, 2014

Bila Abang Rasa Bersalah...

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam 25 Syawal,

Semalam berlaku satu insiden... Agak menyayat hati... (hahaha kemain ayat...)... Nak dijadikan cerita, Faris terpatahkan cekak rambut Alisya. Masa dia tengah leka tengok kartun, cekak rambut yang dia pegang tu terpatah. 

Saya tahu dia memang tak sengaja... sebab dia jadi betul-betul cuak bila cekak rambut tu patah. Daripada dia baring, terus terduduk bila cekak tu patah... sambil ulang kali cakap, "Alamak Sya... Sorry, sorry, sorry... ni dah terpatah" (sambil tunjuk cekak yang patah tu)

Alisya bila pandang je cekak dia, terus menangis... sambil jerit, "Kenapa Adam Faris patahkan...!!! Tu Alisya punya..." (Alisya kalau dah marah, memang panggil nama je abang dia tu... menitik-nitik air mata... Kesian pula!) Alisya ni memang jenis yang sayang barang dia... bila hilang ke, rosak ke, apatah lagi dah patah, memang dia sedih sangat-sangat... 

Lalu si abang berusaha memujuk:

Faris: Sorry la Sya, Faris tak sengaja... Faris tengok kartun... tangan Faris buat macam ni... lepas tu tiba-tiba patah pulak! Sorry Sya...

Alisya: Tu Alisya punya... Adam Faris pegang kenapa?! (sambil menjerit dan berjurai air mata...)

Faris: Tadi ada kat sini... Faris nak baring sebab tu Faris pegang... Sorry Sya...

Alisya: Alisya tak nak kawan Adam Faris... Tu Alisya punya princess!! Jangan pegang!! (oh ya... sebab tu touching sangat... Alisya memang pakai cekak tu macam pakai crown... kononnya princess sambil main dengan patung princess Anna pemberian kawan saya, Melea.)

Faris: (Terdiam sekejap... agaknya dah tak tahu nak pujuk macam mana...) Nanti esok Faris belikan pensil ke, pemadam ke... buku ke... apa-apa la... Sya cakap Sya nak apa? Faris belikan...

Alisya: Alisya nak princess.... princess... (dah makin kuat jeritannya... maka saya pun masuk campur... saya peluk Alisya... saya cakap abang dah cakap sorry, Alisya tak baik marah-marah... Abang tak sengaja... Tersedu-sedu dia dalam pelukan saya...)

Tak pe lah Alisya... nanti kita beli cekak yang baru yea... 


Nota kaki: Hari ni Alisya tuntut barang yang kononnya abang dia nak belikan dari kedai buku sekolah tu... Tapi Faris tak beli pun lagi... 

Faris kata, "Jumaat nanti Faris beli." 
Saya cakap pada Faris, "kalau dah janji... kena beli tau!" 
Faris cakap, "Yea, Faris tau..."

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


9 comments:

  1. Abg tak sengaja lah alisya...hehehe...Nangis yerp. Sayang betul ngan cekak tu.

    ReplyDelete
  2. sedih lak
    sbb kejadian yg sama berlaku pada anak bujang n anak princess saya
    hihi

    ReplyDelete
  3. Kat rumah kami pun biasa juga dua beradik ni berebut barang dan bila akhirnya rosak, akan adalah adegan air mata. Buat sdih sangat dan minta ganti.. hihi.. dah jumaat esok ni.. tgk Faris gantikan ke tak ya..

    ReplyDelete
  4. Saya takut bila tengok bebudak kecil bergaduh...

    Selalunya saya biarkan je... Huhuhu...

    ReplyDelete
  5. kelakar pula baca pasal adik dengan abang ni
    siap dengan drama air mata tu =)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...