Nuffnang Ads

Agoda Ads

Monday, November 05, 2012

Tips: Pentingnya Menjaga Gigi Anak

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Ramai ibu bapa yang masih 'takut' untuk mengajar anak-anak untuk memberus gigi. Sedangkan perkara ini perlu diajar sedari mereka kecil agar mereka tahu akan kepentingan rutin ini. 

Seperti orang dewasa, kanak-kanak juga akan mudah mendapat kerosakan gigi dan jangkitan dalam mulut. Ini kerana sisa makanan yang tertinggal di dalamnya. 

Bila?
Sebaik sahaja gigi pertama anak tumbuh, maka ibu bapa perlu mengajar anaknya cara yang betul untuk memberus gigi. (biasanya gigi bayi boleh tumbuh pada bila-bila masa sejak lahir sehinggalah 2 tahun lebih, so kalau baby masih kecil 4-6 bulan ibu bapa kenalah bersihkan gigi mereka...

Kenapa?
- untuk mengelakkan jangkitan bakteria di dalam mulut
- mencegah kesakitan, kerengsaan dan kerosakan gigi

Bagaimana?
1. Bagi bayi yang masih belum tumbuh gigi, bersihkan gusi mereka dengan kain bersih. (dulu saya pakai kain lampin yang dipotong empat... senang... sebab kain lampin tak la keras sangat) Caranya: basahkan kain lampin tu dengan air suam dan gosok dengan lembut pada gusinya ketika mandi...

2. Bagi kanak-kanak yang baru tumbuh gigi, gunakan berus gigi yang boleh disumbat dalam jari anda (baby toothbrush finger), lalu gosokkan perlahan-lahan pada giginya.  

3. Bagi kanak-kanak yang giginya sudah agak penuh, bolehlah dibelikan berus gigi yang lembut dan ajarkan mereka cara memberus gigi dengan betul. Ketika ini, jika anak anda telah berusia 7 bulan ke atas, bolehlah diletakkan sedikit ubat gigi yang tidak mempunyai fluorida. (Ubat Gigi Mu'min Junior, merupakan salah satu produk yang halal dan selamat untuk kegunaan kanak-kanak...)

Elakkan!
1. Jangan letakkan ubat gigi, jika bayi anda berumur 6 bulan ke bawah, walaupun ubat gigi yang tidak mempunyai fluorida. 

2. Jangan biarkan anak-anak memberus gigi tanpa pengawasan anda.

3. Jangan biarkan anak anda tidur dengan botol susu. (ini paling susah sekali, sebab AF saya memang takkan boleh tidur kalau tak minum susu...)


Nota kaki: Gigi yang sihat membolehkan si comel anda untuk makan, bercakap dan senyum. So berikan mereka  keyakinan itu dengan rutin memberus gigi! (^_^) Klik sini untuk tips saya mengajar anak-anak saya memberus gigi. Klik sini untuk rujukan lanjut...
 

10 comments:

  1. betol tu...biasa kanak2 gigi cepat rosak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. sebab mereka minum susukan... + bila dah boleh kunyah... parents akan bagi jajan lah.. gula2 la... hm...

      Delete
  2. Replies
    1. apa2 pun kena mula dari rumah... (ini adalah entri peringatan untuk diri saya sendiri juga...)

      Delete
  3. tq kongsikan info.. gigi amir dah mula osak bahagian depan sebab dia tidur mesti nak hisap botol .. menyusu.. payah btl nak buang tabiat ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la.. anak2 saya pun sama... sebab tu bila mereka bangun tdo, saya akan make sure mereka berus gigi bersih2...

      Delete
  4. insyaallah.bagus bi.blh praktik utk ank nti..insyaallah..
    nway..salam maal hijrah kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga bermanfaat buat semua... Salam Maal hijrah juga (^_^) moga tahun baru ini menjadikan kita insan yang lebih baik... Amin...

      Delete
  5. Kak, baby sy baru 6 bulan lebih. Belum tumbuuh gigi lagi, boley ke beli ubat gigi and gune finger toothbrush utk cuci gusi, lidah and mulut??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau baby blm tumbuh gigi, xperlulah ubat gigi... memadai dengan menggosok dgn lembut pd gusi, lidah & mulut dengan kain yang lembut.. kalau nak guna finger toothbrush pun boleh.. tp pastikan permukaannya tak kasar... :D

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...