Nuffnang Ads

Agoda Ads

Wednesday, January 01, 2014

Taklimat Ibu Bapa @ SKSD

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam Tahun Baru 2014,

Kemain posing lagi!! :p
Semalam adalah hari Taklimat bagi ibu bapa murid Darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Seri Duyong (SKSD)

Malam sebelum tu encik hubby tak boleh tidur lena. Bila saya tanya kenapa?! Katanya "Faris nak sekolah esok." Saya tergelak dengar jawapan tu... 

Nampaknya bukan saya seorang je yang ada perasaan berdebar-debar Faris nak masuk sekolah... Tapi malam tu saya sakit kepala dan paksa diri untuk tidur... 

Seawal 8 pagi berada di SKSD, Faris nampak tenang dan excited. Pakai baju baru, kasut baru dan serba serbi barulah! 

Saya pula cuba fokus untuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh pihak sekolah... Ada yang mudah faham... Saya angguk... Ada yang tak clear saya tanya... 

Ada beberapa perkara yang buat saya rasa lega:

1. Bila diberitahu ibubapa boleh menemankan anak-anak pada 2 dan 3 Jan 2014. - tapi ibubapa hanya dibenarkan duduk di kantin sekolah... oklah tu yang penting hari pertama tu nak ajar dia ke toilet, beli makanan (jika perlu), dan tempat dia perlu tunggu saya selepas sekolah.

2. Dimaklumkan bahawa kantin SKSD adalah kedua terbersih seluruh Melaka - kebersihan kantin ni memang perlu dititikberatkan... maklumlah, budak-budak kecil yang nak makan... kalau tak bersih nanti keracunan makanan pulakan?! Penting, kalau saya tak sempat nak bekalkan Faris pagi-pagi.

3. SKSD telah mencapai 100% kelulusan (Linus) untuk 2 tahun berturut-turut - apa yang saya faham Linus adalah ujian bagi mengenalpasti keupayaan 3M (membaca, mengira dan menulis) murid. Murid yang tidak mencapai tahap yang sepatutnya akan diletakkan di kelas pemulihan dan dilatih sehingga mampu menguasai 3M.

Tapi ada dua perkara yang buat saya pening!! PBS dan Linus...?!?!?! Confuse!!! Katanya perkembangan murid sekolah rendah sekarang berpandukan evidence/bukti... yang mana "bukti" tu disimpan dalam fail di kelas masing-masing... manakala ibubapa boleh datang ke sekolah dah melihat fail perkembangan tu...  

Ish... memang dah jauh beza dengan zaman saya dulu... balik dari sekolah tu terus saya Google, tentang PBS dan Linus... apa pun kena search lagi informasi tentang tu... kalau ada cikgu-cikgu blogger yang nak explain lagi la saya suka... >_< Cer bagi pencerahan sikit, boleh cikgu?!

Tak nak bincang dulu pasal PBS dan Linus... Nanti saya dah faham tentang kedua-duanya saya update... Tapi buat masa ni, saya nak share gambar-gambar yang sempat saya snap di hari Taklimat tersebut.

Untuk dua minggu ni, Faris akan duduk di kelas ni... Lepas ujian murid-murid
Darjah 1 ni akan dipindahkan kelas mengikut keupayaan
membaca, menulis dan mengira...
Muka nampak cuak sikit... :)
Dah nama pun wartawan, harus la tanya :p
Ini guru kelas 1 Cemerlang; Puan Suhailah... tersangatlah friendly
Saya doakan Faris terus kekal dalam kelas ni...
Kalau kena pindah kelas pun biarlah masuk 1 Gemilang...
katanya 1 Gemilang kelas pertama, 1 Cemerlang ni kelas kedua...
Ok, baru nak senyum sebab dah boleh balik...
Jumpa lagi 2 Jan 14 :p

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


8 comments:

  1. Harapnya Faris cepat biasakan diri dgn "sekolah besar"…
    NK, bila dah clear pasal PBS dan LINUS, kongsi la kat blog… nak tahu jugak sistem belajar di M'sia.. Lagipun Faris ni sebaya dgn Aisyah, senang nak tahu perkembangan sistem sekolah :)

    ReplyDelete
  2. alahai cute anak akak nie
    jemput lawat www.kucinghitam.net

    ReplyDelete
  3. salam
    singgah pagi
    sory x sempat nak komen banyak bz day

    ReplyDelete
  4. wah bagus sekolah ni parents siap boleh tggu di kantin lagi..pasal pbs dan linus tu sy baru faham sikit2 bila baca kt sini..patut la aiman ada fail evidence tu..nti nk kena google gak la..anak suklung baru masuk dajah 1 serba serbi tak tau,tak faham..:)

    selamat bersekolah faris..:)

    ReplyDelete
  5. muka eksaited campur cuak tu
    all the best faris!

    ReplyDelete
  6. buat anak anda yg ingin belajar ,silahkan dibuka
    makasih kak

    https://play.google.com/store/apps/developer?id=Kastari+Sentra+Media.+PT

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...