Nuffnang Ads

Agoda Ads

Saturday, May 31, 2014

Raikan Cinta: Aziman & Mariani

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,


Alhamdulillah, dapat juga tengok Man naik pelamin... Tarikh keramat ni 31 Mei 2014, di Hotel Roof Garden Bukit Jelutong, Shah Alam. Tahniah buat Aziman dan pasangannya, Mariani. Moga jodoh kalian sampai ke Jannah... Amin...

Selalunya bila majlis kahwin kawan-kawan macam ni lah baru dapat jumpakan...?! macam small reunion gitu. Maklumlah, masing-masing dah berkerjaya dan berkeluarga, bukan senang nak berkumpul.

Oh ya, ini adalah first time saya tengok orang kahwin jalan bawah pedang!!! Excited tak ingat! Haha... Selalu tengok gambar je, ni tengok live depan mata, mau tak excited...?! Kawan sendiri pula tu kan... ^_^


Memang sweet sangat wife Man tu beruniform... Man pun smart!

Sebaik meninggalkan majlis (setelah sakan bergambar :p) kami ke Seksyen 2, saja nak mengamit kenangan ketika belajar di UiTM lebih 10 tahun lalu...! Memang pesat membangun betul Shah Alam sekarang... Tak sangka begitu cepat masa berlalu...!

Buat Aziman dan Mariani, juga Sanariah dan pasangannya (saya tak dapat pergi ke kenduri Sana, sebab lebih dulu terima jemputan Man)... Moga dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah serta jodoh kalian berpanjangan sampai ke syurga... 


Nak tempek juga gambar Sana di blog ini buat kenangan. Gambar kredit kepada Kak Mazlina Mohd Salleh... ^_^


* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Friday, May 30, 2014

Sluarwer?!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Semalam saya buat ulangkaji dengan anak-anak... Ye la... Takkan cuti sekolah buku pun cutikan...?!

So, Adam Faris kena buat 10 muka surat latihan ejaan suku kata... Dia pun masih lemah bab-bab mengeja ni... Walaupun sebutan satu-satu perkataan tu lancar... Tapi dia masih belum mahir mengeja.

Sambil-sambil Faris buat latihan, saya ajar juga Alisya mengenal gambar-gambar dalam buku yang baru dibelinya...



Saya: Sun... 

Alisya: Sun... Matahari

Saya: Pandai... Ni? (sambil tunjuk gambar kucing)

Alisya: Cat... Kucing... Miaw... Miaw... (Dia tahu sebab dalam buku dia yg lain ada gambar kucing, selain kucing, dog, elephant dan beberapa binatang lain dia dah tahu dalam BM dan BI serta bunyinya...)

Saya: Pandai... Ok ni... FLOWER...

Alisya: Sluarwer...

Faris yang tengah buat latihan pandang saya dan kemudian ketawa...

Saya: Bukan sluarwer... FLOWER (saya sebut satu-satu..)

Alisya: Sluar... wer!

Alisya berusaha betulkan sebutannya... Yang Abangnya boleh pula gelak guling-guling... Kelakar sangat dia dengar adiknya salah sebut...

Lama juga Alisya tak dapat sebut dengan betul... Tapi dia usaha juga... Dia tetap sebut dan sebut lagi... Ada la dalam 15 minit ulang sebut... Akhirnya dia berjaya sebut dengan betul...

Alisya: Mama, Alisya dah tau dah... FLOWER...

Saya: Yey, pandai... (sambil kami berHi-5)

Kesian Alisya... Sangat berusaha belajar perkataan baru... Mujur dia rajin dan cepat belajar...

* * *
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Tuesday, May 20, 2014

Lawatan Blogger Ke Kilang Mamee Chef

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,


Saya dapat invitation dari Nuffang untuk mengikuti lawatan ke kilang Mamee Chef pada 31 Mei ni di Melaka... Sayangnya saya tak dapat nak join, memandangkan ada jemputan kenduri yang perlu saya penuhi... (sebab jemputan kenduri itu terlebih dahulu saya terima...) Tak de rezeki saya la nak bersama rakan-rakan blogger yang lain...

Kilang Mamee Chef ini dekat juga dengan rumah saya sekarang ni... Selalu juga lalu depan kilang ni kalau nak ke MiTC dan Ayer Keroh... Kedai-kedai/gerai-gerai di sekitar Melaka ni boleh dikatakan hampir semua papan tandanya ditaja oleh Mamee... Kilangnya pun agak besar...

Apa pun, saya doakan perjalanan lawatan bloggers dari Kuala Lumpur ke Melaka selamat... dan moga semuanya dipermudahkan Allah... InsyaAllah kalau ada peluang dan ruang masa, next time kalau ada invitation lagi, boleh la saya join...

Terima kasih Nuffang atas jemputan... Maaf saya tak dapat join... Next time InsyaAllah...

Nota kaki: Broadband limit dah habis... lambat sikit la saya buat kunjungan balas ke blog anda semua ya... Terima kasih in advance... (✿◠‿◠)

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Monday, May 19, 2014

Sekitar Hari Sukan Alisya

Bismillahhirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Rumah biru...
Sabtu lalu, Tadika-tadika Swasta (Melaka) telah mengadakan Hari Sukan... Hm, macam mana nak cerita yea? Saya rasakan Hari Sukan Adam Faris dulu lebih meriah berbanding Hari Sukan Alisya ni...

Tak banyak gambar yang saya dapat ambil memandangkan ibu bapa yang terlalu ghairah melihat anak masing-masing dalam jarak yang sangat dekat! (nak bersukan sekali gamaknya!!) Walaupun pihak pengurusan dah cakap banyak kali, yang ibu bapa perlu memerhati dari koridor di sebelah kiri dan kanan, namun tiada siapa yang endah! Geram tau!

Kesian anak-anak yang menunggu giliran di sebelah kiri dan kanan trek... Pandangan mereka ditutupi dengan b****t ibu bapa. Bila mereka nak bersorak mereka terpaksa meninjau-ninjau dari peha dan kaki ibu bapa... Kesian... Mereka yang nak berseronok bersukan, sebaliknya kena duduk belakang b****t ibu bapa pula...

Saya sendiri tak dapat melihat Alisya bersukan... Frust sangat!!! Melihat dari kejauhan membuatkan saya dan encik hubby bosan. Cukup dua games yang Alisya main, kami pun terus bawa Alisya balik... (dah diberitahu setiap pelajar akan bermain 2 games) Alisya main “pecahkan belon” dan “cari barang”.

Oh kenapa Hari Sukan Alisya tak semeriah Hari Sukan Faris dulu...?
1. Sukan diadakan di siarkaki antara bangunan, berbumbung (kebetulan hari hujan, so selamat la tak basah... itu pun hujan lepas kami beredar) tetapi tempatnya sempit, tidak cukup udara dan tidak sesuai untuk acara sukan.

2. Ibu bapa tidak menonton dari luar trek... sebaliknya turut sama berada di trek bersama anak masing-masing ketika mereka bersukan!

Mana Alisya?!
Ni je la satu-satunya gambar Alisya yang nampak! Ini pun saya angkat
kamera tinggi-tinggi, siap jingkit lagi!

3. Tiada gambar yang menarik sekitar Hari Sukan Alisya... Setiap kali saya snap picture, hanya nampak kepala ibu bapa dan cikgu-cikgu... Saya berharap agar pihak Tadika Alisya ada gambar-gambar yang menarik yang boleh saya tengok...

4. Tak happening seperti mana Hari Sukan Faris dulu... Walaupun Hari Sukan Faris dulu, kita berpanas dan tandas yang jauh, tapi suasana sukan tu memang terasa... Trek untuk anak-anak bersukan “dikepung” agar anak-anak boleh bersukan dengan selesa (sebab ibu bapa hanya boleh berdiri di belakang kawasan yang “dikepung”. So, setiap ibu bapa dapat lihat dan bersorak untuk anak masing-masing juga dapat ambil gambar!)

5. Anak-anak yang menunggu giliran untuk bersukan berpeluh-peluh kerana kipas dihadang oleh segelintir ibu bapa. Kesian budak-budak tu... dah la dikerumun, kipas pula kena hadang... Bak kata, encik hubby tempat ibu bapa pun tak convinient... Kalau ada kipas di tempat ibu bapa, mungkin kita boleh elak ibu bapa untuk berkumpul di trek anak-anak. (sebab di area tu ada kipas... yang sebenarnya disediakan untuk anak-anak yang bersukan... Maklumlah kawasan tu tak berangin sangat... so agak panas juga... lagi-lagi bila semuanya berkumpul setempat...)

Apa yang saya boleh kata... Hari Sukan Alisya ni kurang penelitian... Sepanjang event berlangsung, tersangatlah kucar-kacirnya... Dengan pengurusan anak-anak yang tidak teratur (nama anak yang telah disenarai untuk bermain permainan tertentu ditukar di saat akhir, sebab tak jumpa budak tu kat mana la... apa la... Alisya pun sepatutnya main cantum puzzle, tapi tengok-tengok dia main cari barang pula!!) juga sikap segelintir ibu bapa yang tidak sensitif dan mementingkan diri sendiri.

Saya sempat juga berbual dengan dua-tiga orang ibu yang turut kesal dengan pengurusan dan suasana sukan yang muram pada hari tersebut...

Kebetulan Adam Faris sekolah ganti Sabtu tu, maka sebaik Alisya selesai bermain dua games, kami pun beredar... membawa perasaan yang sangat frust!


Nota kaki: Kesian Alisya asyik dok tanya saya... “Mama nampak tak Alisya pecahkan belon tadi?! Mama nampak tak Alisya cari barang dalam kotak tadi?!” Jujurnya saya tak nampak langsung!! Tapi tak nak hilangkan mood Alisya bercerita, saya cuma jawab, “Pandainya Alisya!” Bila dia tanya, “Mama sorak untuk Alisya tak?!” Adeh... Saya tak jawab pun... Lagi tragis bila dia tanya, mana gambar dia bersukan!! Adeh... memang tak de sayang oiii.... Kesian Alisya...(╥_╥)

Dulu masa Hari Sukan Faris, kamera saya siap tak cukup memory... sampai habis bateri... Tapi time Alisya ni... hm...  

* * *
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Friday, May 16, 2014

Selamat Hari Guru (^_^)

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Balik dari sekolah semalam berkali-kali Faris ingatkan saya tentang hadiah untuk Hari Guru. Setiap kali dia cakap perkara yang sama, saya jawab "Iye mama tau... Nanti mama buat." Maklumlah, selagi dia tak nampak hadiah yang nak diberikan pada cikgu-cikgunya tu, selagi itulah ditanyanya...

Balik dari mengaji pun dia tanya lagi sama ada saya dah siapkan atau belum. Terus saya bawa dia ke Family Store dan beli biskut Chipsmore saiz kecil. 

Faris: Kenapa bagi biskut je? Apa ni mama?! Faris nak bagi hadiah kat cikgu, bukan biskut...

Saya: Iye, mama tau... Ni belum siap lagi... Nanti mama buat...

Sungguh Faris tak puas hati dengan saya. Masam mencuka mukanya... Lebih-lebih lagi di Family Store tu ada jual hadiah sempena Hari Guru. Ada mugs, keychain, pen merah... macam-macam lagilah! Bila dia suruh saya beli, saya kata "tak payah!"

Sampai je rumah terus la saya buat apa yang saya dah plan. Alisya pun nak bagi hadiah juga pada cikgu-cikgunya, bila dengar Faris asyik sebut tentang hadiah Hari Guru...

Tokey Tupperware bagi Tupperware la kan?!
Ambil je yang ada dalam stok, :p hehe...
Bila dah diberitahu apa yang saya nak buat, baru la excited...
Siap tolong masukkan biskut dalam plastik...
Alisya pun nak tolong masukkan biskut untuk cikgu dia... Layan je la...
Ok, tolongnya sekejap je... lepas tu dia sibuk makan biskut tu...
Biskut ni memang favorite Alisya...
Ok, dah siap packing biskut... dan akan masukkan dalam
Tupperware: Caribbean Petit Bowl.
Tadaa... Ni la yg saya nak buat... So semua petit bowl tu akan
dibalut dengan pembalut hamper.


Bila dah siap Adam Faris dengan Alisya suka sangat... Alisya siap praktis macam mana nak beri dan cakap pada cikgu...

Alisya: Mama jadi cikgu... Alisya nak bagi hadiah... (sambil malu-malu nak praktis bagi hadiah...)

Saya: Ok boleh...

Alisya: Cikgu... Selamat Hari Guru... Terima kasih ajar Alisya... (sambil hulur hadiah tu... Alololo comeinya... (✿◠‿◠)

Tapi tak de maknanya... Praktis je lebih... depan cikgu malu sampai tak keluar suara... hahaha ヽ(*⌒∇⌒*)ノ
Buat para guru, terima kasih di atas segala ilmu yang telah dicurahkan kepada kami (saya, suami dan anak-anak...) Moga Allah memberikan kesihatan yang baik buat semua guru kami untuk berbakti... Moga sentiasa dimurahkan rezeki, moga Allah merahmati dan memberkati segala usaha para guru... Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang bergelar pendidik baik dari peringkat Tadika, sehinggalah peringkat yang tertinggi (termasuklah pada blogger yang bergelar guru!). Tanpa anda, siapalah kami!


Nota kaki:  
1) Seingat saya, masa saya sekolah dulu tak de la beri hadiah macam ni... kalau ada pun masa Sekolah Menengah... Itu pun kami kongsi satu kelas... 

2) Terima kasih juga buat bekas pelajar-pelajar saya yang seawal pagi dah SMS, Whatsapp dan call, untuk ucapkan Selamat Hari Guru... Tak sangka, masih ada yang ingat... (Saya pernah mengajar di Kolej Antarabangsa IKIP, Kuantan selama 3 tahun; 2008-2011)

#Sekolah Rendah Convent Sentul, #Sekolah Menengah Convent Sentul, #Pusat Tuisyen Kasturi, #Cosmopoint, #Pusat Kemahiran Bahasa Seri Gombak, #Matrikulasi UITM, #UiTM (Masscom), #Tadika Ilmu Murni Bukit Katil, #Sekolah Rendah Seri Duyong, #Sekolah Rendah Agama JAIM Seri Duyong.

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Thursday, May 15, 2014

Kena Sound Baik Punya!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Tadi lepas ambil anak-anak balik dari sekolah, saya pegang la telefon... Nak mesej encik hubby... Nak bagi tau saya nak singgah kedai sekejap. Sambil pandu dan taip mesej tau! Tapi bukan la nak tulis panjang-panjang pun, just nak taip “nak singgah kedai jap”.

Sekali co-pilot saya marah saya:

Faris: Mama ni... nanti langgar nanti... nampak lori tu... kalau mama mesej nanti langgar lori... Nak mesej ke nak bawa kereta? Kalau nak mesej berenti tepi ni!!!

Hah kan dah kena sound?! Tersentap ai tau...!! Terus letak phone dan pandu kereta... sambil terkebil-kebil pandang depan... (tapi mesej dah sempat send ke encik hubby)

Saya: Mama nak bagitau abah je... kita nak pegi kedai kejap...

Faris: Berenti tepi! Kalau tak, bagi Faris bawa kereta... Mama mesej abah...

Kemain tau! Sabar je la... Ye la memang bahaya pun kan... so, janganlah memandu sambil mesej ya!

Nota kaki: Anak-anak kita ni, memang akan ingatkan kita banyak perkara... kadang-kadang sampai rasa "terpukul" dengan apa yang mereka ingatkan...

* * *
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Wednesday, May 14, 2014

Wordless Wednesday #53

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Masa birthday Alisya hari tu, kami ada buat goodies bag untuk diberikan kepada kawan-kawan Alisya... Alisya nampak exicted... Maklum la first time dia sambut birthday dengan kawan-kawan. Oh, tapi tak de birthday cake... cuma edarkan goodies bag. 

"Jajan" yang kami beli..
Kami juga masukkan stationary set:
Pensel, pembaris, pemadam & sharpener.
Ni dua orang assistant yang konon tolong!
Dah siap sorting... ni la barang yang kami muatkan dalam goodies bag tu...
Yang dalam plastik sebelah kanan tu stationary...

Nota kaki: Harap-harap kawan-kawan Alisya suka la... (^_^)

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Tuesday, May 13, 2014

"Mama, Nak Cili Putih..."

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Hari ni encik hubby kerja... Maka saya pun masak la lewat sikit... (sebab pagi tu kami breakfast di luar...) Lepas Zohor, Alisya dan Faris dah lena tidur... Ke dapur la saya jawabnya... Masaklah apa je yang ada dalam freezer... Tinggal nuget dan sosej untuk AF... Ada ayam berbaki, maka sambal ayam je la gamaknya dengan masak lemak kobis.

Elok je saya siap masak, Alisya dah jaga... Kemudian terus ke dapur dan cakap macam ni:

Alisya: Mama, nak cili putih...

Saya: Hah?! Cili putih? Apa tu?

Alisya: Cili putih la... Alisya nak... (apa pula la cili putih tu...?! Saya siap terdetik dalam hati, Alisya ni mamai ni... tiba-tiba pula minta cili putih... Ada ke cili putih?! Puas saya fikir...)

Saya tak respon pun sambil terus lap dapur basuh pinggan... Tak lama lepas tu, Alisya datang lagi.

Alisya: Mama, ambil la cili putih...

Saya: Cili putih tu apa sayang?!

Alisya: Yang macam mama letak dalam bekal Alisya yang pergi sekolah tu... (terus saya fikir... apa la agakya yang saya letak dalam bekal dia ke sekolah...) Alisya nak makan sosej...(oh rupanya dia dah buka tudung saji dan nampak nuget dan sosej yang saya masak)

Saya: Ooo yang tu... Itu nama dia MA.YO.NIS la sayang... bukan cili putih... kalau cili pedas... mayonis pedas tak?

Alisya geleng kepala. (ok dia baru bangun tidur, malas nak layan mamanya borak... :p)

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Alisya Pilih Hadiah...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Masih lagi cerita tentang gelagat Alisya menyambut birthday 11 Mei lalu... Seperti tahun-tahun sebelum ni, kami akan bawa birthday girl cari hadiah sendiri... Tahun-tahun lepas, nak menunggu Alisya pilih mainan, sampai lenguh-lenguh kaki dibuatya... Alisya pernah pilih mainan sampai 2 jam!! Mau tak lenguh dan kelaparan kami menunggunya...?!

Tapi alhamdulillah tahun ni... lebih senang dia pilih hadiah... Adalah dalam 30 minit je (je la kan sebab tahun-tahun sebelum ni 2 jam dia pilih hadiah!)... On the way, ke Jusco tu saya dah tanya siap-siap dia nak hadiah apa... Jawapannya adalah "beg, yang ada mainan..."

Maka bermulalah sesi memilih hadiah... Rambang mata dibuatnya... Set mainan Minnie Mouse tu kemain best lagi... ada ironing set, ada microwave set, ada mesin jahit, ada masak-masak... Kesian Alisya tak tahu nak pilih yang mana... Sampai Alisya cakap, "Banyak sangat ni nak beli yang mana?!"
Tengok la set Minnie Mouse ni... memang rambang mata!
Kemudian saya ingatkan dia apa yang dia nak... Saya minta dia cari beg yang ada mainan, seperti yang dia dah cakap pada saya awal-awal.

Ok akhirnya dia jumpa beg yang dalamnya ada mainan... Yey!! Mission accomplished

Selain beg yang dibeli sebagai hadiah tu... Alisya juga dapat hadiah botol air Minnie Mouse dari owner Tupperware Ayer Keroh, Cath. Thank you auntie Cath!
Dah sampai rumah haruslah nak main mainan tu... dengan tak
sabar-sabar isi air dalam botol air Minnie Mouse tu...

Oh lupa, anak bujang saya si Adam Faris pun nak hadiah juga... Maka belilah juga untuk dia...
Katanya nak jadi Ninja.. Beli pedang samurai la pula...
Apa-apa la Faris, kang tak beli meraung pula!

Nota kaki: Alhamdulillah dapat 3 CPUV dari Nuffnang: Downy Dolce, Whisper Mesh & Cotton dan Nestum #morelife... Terima kasih Nuffnang (✿◠‿◠)

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Sunday, May 11, 2014

Alisya Farha Kini 4 Tahun...

Bismillahirrahmannirrahim 
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Alhamdulillah... Hari ni genaplah usia Alisya Farha 4 tahun... Sekejap betul masa berlalu... Rasanya baru je saya buat entri kelahirannya... Tak sedar, Alisya dah pun besar... Namun di mata saya, saya rasakan dia masih kecil (walaupun saiznya memang kecil :P )

Awal-awal kelahirannya...
Kali pertama Alisya meniarap pada usia 3 bulan!

Sekarang dah susah nak pakaikan apa-apa di kepalanya...
kecuali tudung... nak ikat rambut pun susah!
Gambar ni kawan abah, Zul ambilkan... Masa saya ada majlis bersama pelajar di kolej dulu...


Inilah sahabat a.k.a 'cikgu' saya sekarang... Jika saya bersedih, dia akan turut merasainya... Jika saya menangis, dia mengesat air mata saya... Jika saya merajuk, dia akan segera pujuk... Jika saya sakit, dia akan cuba rawat... Dia sangat pandai mengambil hati saya. Sangat perihatin... Dia akan sentiasa di sisi saya, walau dalam apa jua keadaan... Tak pernah jauh walau saya memarahinya, atas kesalahan yang dilakukan...

Tak sangka cepat sungguh masa berlalu... Moment saya bersamanya makin singkat...! Saya perlu create lebih banyak kenangan indah bersamanya... Moga Allah beri kesempatan untuk itu...

Moga Alisya Farha sentiasa dalam lindungan Allah SWT, menjadi anak yang solehah. Membesar dengan sihat. Menjadi anak yang baik. Sentiasa dimurahkan rezeki. Beroleh kejayaan di dunia dan akhirat... InsyaAllah... Amin... 


"Mama sayang Alisya!" 
d=(´▽)=b

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Saturday, May 10, 2014

"Bunga" Hari Ibu...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Jumaat lepas Alisya balik sekolah hadiahkan saya “bunga” ni sempena Hari Ibu... Masa nak beri pada saya, Alisya malu-malu... Tapi bila dah masuk kereta, Alisya beritahu saya yang dia "warnakan bunga" tu...

Alisya: Alisya buat sendiri mama... color color yang ni... (sambil tunjuk "bunga" tu)

Saya: Wah, pandainya Alisya... Kenapa Alisya bagi mama "bunga" ni?

Alisya: Sebab... Happy Birthday mama la...

Saya: Eh, birthday mama dah lepas dah... kan hari tu dah beli kek...

Alisya: Eh bukan... yang... yang... yang... apa mama? Tadi cikgu cakap...

Saya: Hari Ibu... 

Alisya: Ha... Selamat Hari Ibu, mama... (sambil kiss kiss pipi saya...)

Alisya memang belum pandai nak warna tak keluar dari garisan... dia akan warna je macam mana yang dia suka.. (^_^) Nanti saya tunjuk gambar-gambar yang Alisya warna...

- - -

Tadi saya ke Super Cowboy dan Mydin beli barang-barang untuk dimasukkan dalam gift bag sempena hari lahir Alisya esok... Nak bagi kawan-kawan sekolah Alisya Isnin nanti... 

Masa di Mydin Alisya berhenti di rak kasut kemudian dia ambil satu kasut dan suruh saya cuba... 

Alisya: Nah mama, cuba mama pakai... Alisya nak beli untuk mama.

Saya: Hah, Alisya nak belikan untuk mama? Kenapa?

Alisya: Ha ah, Alisya nak beli... Alisya kan ada duit lagi... Alisya bayar... 

Saya: Ye la, tapi kenapa nak belikan mama kasut?

Alisya: Sebab... Selamat Hari Ibu mama la...

Saya: Alololo comelnya dia... Mama cuba pakai ya... tengok muat ke tak... (sambil masukkan kaki dalam kasut tu... sebenarnya memang tak muat pun kasut tu sebab bukan saiz kaki saya... tapi nak appreciate apa yang dia cuba buat, saya try la... ) Ala... tak muat la sayang... 

Alisya: Tak pe, tak pe kita cari lain mama....

Alahai terharu tau...!! Kita sibuk-sibuk nak cari hadiah untuk birthday dia, dia pula yang beria nak beli hadiah untuk kita... ( ˘ ³˘)❤

Eh Alisya memang ada duit tau! Ada beg duit lagi! Beg duit ni saya belikan untuknya masa di Pesta Buku Antarabangsa hari tu... (^_^) Mesti dia fikir dengan RM12 tu dia boleh beli macam-macam untuk sayakan...?! Sweet...



Nota kaki: Terus terfikir, masa saya umur 4 tahun... Saya pernah tak terfikir nak beli hadiah untuk mak saya ketika tu...?! Betul.. kadang-kadang, perbuatan anak-anak buat saya terfikir... Adakah saya pernah membuat mak saya tersentuh/gembira/terharu dengan perbuatan dan percakapan saya... Moga ada hari-hari yang saya telah menggembirakan arwah mak saya... Harap-harap begitulah...

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Friday, May 09, 2014

Ibu... Rakan Paling Akrab!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Tersentuh hati menonton video ini... Saya tersangat rindukan Allahyarhamah mak saya... Moga dia tenang di sana... Serius, jasanya sampai ke akhir hayatnya saya tak mampu balas... Hanya mampu saya panjangkan doa agar mak saya tenang dan berada bersama para solihin... Amin...



Bukan semua orang sanggup,
Bukan semua orang mampu,
Tapi setiap detik dan ketika,
Bila kita susah, bila kita sedih,
Dia sentiasa ada...

Mengeluh?!
Tak pernah sekali...
Jika ada pun keluhan di bibirnya,
Semuanya (anak-anak) buat tak reti,
Masing-masing tuding jari,
Tengok siapa yang ikhlas berbakti...

Bila usia makin tua,
Dia tiada lagi upaya,
Namun bukan semua anaknya nak bertanya,
Khabar tentang sakit peningnya,
Malah ditambah pula dengan pelbagai kerja (memasak, mengemas)
Bila di tanya... Kenapa tak rehat saja?
"Biarlah, ibu menumpang di sini saja..."
Kenapa jadi begitu agaknya?!

Bersyukurlah jika kamu masih punya ibu,
Tatanglah dia,
Kerana doanya sangat makbul,
Tataplah wajahnya,
Kerana kamu akan peroleh pahala,
Kasihani dan jagailah dia,
Kerana padanya ada lubuk syurgamu...
Ingatlah!!!
Masa ni pun mak tak berapa
sihat
... Kami bawa jalan...
Pada tubuh badannya masih ada tanda,
Tanda kamu dilahirkan ke dunia...

Jangan nanti bila sampai ajalnya,
Baru kamu nak tangsi hiba,
Berbaktilah selagi mereka ada,
Kerana saat bersama merekalah yang akan kamu rindui setiap masa...
Sungguh ini bukan cakap kosong,
Kerana aku sudah tidak ada peluang berbakti buat ibuku...  
Dan aku cemburu, pada kamu, kamu, dan kamu yang masih punya ibu...  

Nukilan seorang anak yang telah kehilangan ibunya... Ya, aku!


 .・゜゜・(/。\)・゜゜・.


Nota kaki: Selamat Hari Ibu buat para bloggers yang telahpun bergelar ibu... Moga kita sentiasa tabah dan sabar menjalani rutin, sebagaimana yang dilalui oleh ibu-ibu kita... Amin, InsyaAllah...

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Resipi Mudah: Rendang Ayam

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Sebelum ni saya dah buat entri resipi pulut kuning... So, inilah 'lawan' pulut kuning saya tu... Rendang Ayam! (^_^) Mula-mula nak buat sambal ikan bilis... tapi lepas tu terfikir yang Faris mesti tak nak makan kalau sambal ikan bilis (dia memang tak berapa suka ikan bilis). Makanya tukar la plan, buatlah rendang ayam. 

Biasanya saya masak rendang ayam Asian Meals (produk Tupperware) tu... Tapi sebab pes tu tak de stok di rumah saya, maka kena la buat sendiri... 


Bahan-bahan:
8 ketul ayam - dibersihkan (saiz kecil; biasa kalau saya beli ayam memang saya akan suruh orang tu potong kecil)
1 labu bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 inci kunyit hidup - dikisar
1 inci lengkuas - dikisar
2 batang serai - dikisar
10-15 tangkai cili kering (ikut kepedasan masing-masing) - dikisar
Gula dan garam secukup rasa
2 sudu besar kerisik
Daun kunyit - dihiris
Daun limau purut - dihiris
1 cawan susu cair/santan 

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
2. Masukkan ayam, kacau sebati. 
3. Masukkan susu cair/santan dan kacau perlahan.
4. Bila kuah agak kering sikit, masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa.
5. Agak-agak dah puas hati dengan kuah yang tinggal, masukkan daun kunyit dan daun limau purut. Kacau sekejap. SIAP! (^_^) 

Inilah pes rendang versi Tupperware Brands... Lagi senang, tambah daun kunyit,
santan, air dan garam je :p
  Oh ya, baca komen yang ditinggalkan Luqman ni... terus terasa-rasa nak makan pulut kuning dengan sambal ayam... sedapnya...! Kena buat semula la gamaknya pulut kuning tu... 


http://www.arepnakbebel.com/

 Selamat mencuba kawan-kawan... d=(´▽`)=b


* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...