Nuffnang Ads

Agoda Ads

Tuesday, April 30, 2013

Akhirnya Dapat Juga Rasa...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Tertarik membaca entri Luqman Zakaria tentang Ayam Kpop still tak jadikan aku Korea. (haha tersengih-sengih saya baca entri tu... kelakar pula...) Dan sebab entri tu jugalah saya dok mencari-cari peluang bila la agaknya dapat makan ayam Kpop tu... Eh Encik hubby pun macam tahu-tahu je... Bila diajak ke KFC, saya ok je... Dalam kepala ni dok teringat-ingat kat entri Luqman tu... Yey, dapat juga makan ayam Kpop a.k.a KFC Spicy Korean Crunch!! ^_^

 
Er komen saya... saya suka ayam tu... Walaupun ramai yang review kata pedas sikit... tapi pada saya tak la pedas sangat... sedap je. Tapikan, rasanya kalau dia celup betul-betul ayam tu dalam sos pedas tu... Mesti lagi sedap makan... 

Lagi satu, yang saya baru dapat makan adalah red velvet... Teruk betul... punyalah lama orang dok review, saya baru je dapat rasa... kesian... saya beli satu je... (nama pun nak rasa je kan..?!) Harganya RM3.00, saya beli di La Boheme.


Memang sedaplah... Berebut makan dengan Faris... Menyesal pula beli satu je... Tak pe la... next time boleh cari lagi... (^_^) 

Yang ni pula dah lama dah dapat makan... Tapi terlupa entrinya dalam draft... Ini adik saya yang tolong carikan lepas saya tanya pada dia pernah dengar tak pasal durian crepe. Kebetulan dia cakap kawan office dia ada jual... Sebabkan nak rasa, saya kata kalau dapat, belikanlah untuk saya... sebab saya cari di Melaka ni tak pula jumpa... 

Tau-tau esoknya dia SMS saya, "Jangan tidur lagi... aku dah dapat beli durian crepe yang kau nak tu..." Excited terus... maka terkebil-kebil la saya tunggu dia balik kerja... Adik saya memang balik kerja lambat sebab buat overtime... Tapi penantian tu memang berbaloi la... sebab saya dapat makan durian crepe tu... Baiknya adik saya... Thank you Ashrap!




Psst: Terliur?! Tolong cari dan rasa ya... Saya rasa bersalah kalau anda terliur... tapi saya pun selalu terliur bila tengok entri makanan di blog orang lain... huhu



Monday, April 29, 2013

Petua: Atasi Rambut Gugur


Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Mereka yang mengalami masalah keguguran rambut (terutamanya wanita yang beranak kecil) bolehlah mencuba petua ini. 

Bagi mengatasi masalah keguguran rambut, titikkan secekak serai dan rebuskannya. Apabila telah agak suam, basuh rambut dengan air rebusan serai tersebut. 

Biarkan selama 10 minit. Kemudian bilas bersih. Lakukan sekali seminggu. In sha Allah akan mengurangkan masalah keguguran rambut. Selamat mencuba! (^_^)

Petua dipetik dari majalah Mingguan Wanita, Bil: 1470.


Sunday, April 28, 2013

Batu Karang Hempedu: Kesan Jika Tidak Buang Hempedu


Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah...

Pelbagai soalan yang saya terima di komen, e-mel, Facebook juga Whatsapp tentang penyakit batu karang hempedu ni. Saya tertarik bila baca komen yang di tinggalkan oleh Nur Eillmie dalam entri ini.



Minor operation yang saya jalani tu dah pun dua tahun berlalu. Alhamdulillah sejak operation tu saya tidak lagi mengalami sakit perut (seakan gastrik yang teruk sehingga ke belakang badan)... sakit-sakit sendi, sukar bernafas dan lain-lain. Sebelum operation saya tidak boleh nak makan, perut cepat terasa sebu... Muka pucat, tak larat berdiri atau duduk lama... Pendek kata semua benda tak boleh nak buat sebab perut rasa tak selesa...

Berikut adalah kesan-kesan yang mungkin akan berlaku jika seseorang itu tidak membuat pembedahan buang hempedu, seperti yang diberitahu oleh doktor (Dr Huzaimi Yaakob, KPJ Kuantan) yang merawat saya dulu:

1. Diserang penyakit kuning yang serius - apabila ada batu karang yang tersumbat di saluran hati, maka pesakit akan mengalami demam kuning yang serius, yang juga mengakibatkan mata putih menjadi kuning. - kaedah penyelesaikan, doktor akan melakukan Endoscopic retrograde cholangiopancreatography (ERCP), bagi mengeluarkan batu yang tersumbat dan membesarkan saluran hati.

2. Pendarahan dalam perut - batu karang yang besar/kecil akan sentiasa bergerak (cuma kita je tak sedar) dan ini akan menyebabkan ia tersumbat pada saluran-saluran utama, jika ia tidak dikeluarkan dengan segera, kemungkinan pesakit menghadapi pendarahan dalam perut.

3. Kesan kepada pankreas dan hati - jika tiada rawatan segera, ia boleh turut merosakkan pankreas dan hati pesakit. Jika ini berlaku, pesakit akan mengalami lebih banyak komplikasi.

4. Urine akan berwarna kuning pekat/merah darah, senak perut, loya dan muntah-muntah, sakit perut yang berterusan, tidak berdaya dan lain-lain - inilah yang akan ditanggung oleh pesakit selama mana  dia tidak menjalani pembedahan tersebut. Dan harus diingat, batu karang akan sentiasa bertambah dan membahayakan jika tiada rawatan susulan.

Batu karang dari hempedu saya...
Apa yang saya boleh cakap... Risiko-risiko di atas, (yang akan ditanggung saya) adalah lebih "menakutkan" daripada melakukan operation bagi mengeluarkan batu hempedu tersebut. Saya diserang sakit yang teruk sebanyak 2 kali. Pertama pada trimester kedua ketika mengandungkan Alisya, yang ketika itu Encik hubby ke Johor dan saya tinggal bersama Faris (berusia 3 tahun lebih). Apalah yang boleh Faris buat ketika saya sakit tu...?! Saya berguling-guling menangis atas katil sambil cuba menelefon Encik hubby. Mujur dapat cakap dengannya, kemudian dia minta biras saya datang, sementara dia berpatah balik ke Kuantan (ketika tu kami duduk di Kuantan).

Dan kali kedua saya sakit teruk adalah pada usia Alisya 10 bulan (masa tu Alisya fully breastfeed). Diserang sakit ketika di office. Saya mengalami demam panas secara tiba-tiba, sakit seakan gastrik yang teruk, badan berpeluh dan seram sejuk, urine bewarna kuning pekat, serta loya dan muntah-muntah. Akhirnya, saya dapatkan rawatan dari pakar dan putuskan untuk buat operation.

Kenapa saya "berani" (tak la berani sangat pun sebenarnya... takut juga...) dan bersetuju untuk lakukan operation?

1. Takut akan risiko yang bakal saya tanggung jika tidak melakukan operation tersebut.

2. Tentulah sebab anak-anak. Usia anak-anak saya ketika tu, Faris 3 tahun lebih, Alisya belum pun setahun dan fully breastfeed - teringat kata-kata doktor, "kalau you nak tengok anak-anak membesar, you sendiri kena sihat walafiat! Kalau you tak sihat, macam mana you nak jaga kebajikan anak-anak dan suami you?!"

3. Sebab Encik hubby saya cutinya tidak menentu, saya risau jika saya diserang sakit ketika dia berada jauh dari rumah (outstation) - pengalaman sakit ketika suami tiada di rumah, betul-betul menakutkan... saya menangis menahan sakit, manakala Faris menangis nak susu... tapi saya memang tak daya nak bangun langsung! (betulkan? macam mana nak buat susu kalau saya sendiri tak berupaya nak bangun, tu la maksud kata-kata doktor tu...)

Sepanjang 2 tahun lepas operation ni... saya tak lah berpantang sangat... cuma makanan yang sangat berminyak dan bersantan saya kurangkan... Bukan tak makan langsung... Boleh... memang boleh makan seperti ketika kita ada hempedu... cumanya, lepas tak de hempedu, kita kurangkanlah sikit pengambilannya... Itu je... (^_^)

Saya cadangkan Nur untuk dapatkan consultation dari doktor pakar. Tanya dari A-Z mana-mana yang kita tak pasti tu... Dari sebelum operation sehinggalah kesan selepas operation. Biasanya kita akan rasa lebih tenang bila doktor ceritakan dari A-Z. Saya sendiri akui, saya tidak selesa dengan doktor pakar pertama yang saya jumpa, kemudian saya mendapatkan khidmat doktor pakar yang lain yang mana lebih mesra dan sedia menjawab pelbagai soalan saya. 

Bila dah consult dengan doktor, plan dengan suami tentang penjagaan anak-anak macam mana... Sebab mungkin kena duduk di wad untuk 3-5 hari. In sha Allah, selepas operation tu, Nur akan lebih sihat dari sebelumnya. Saya doakan Nur, agar semuanya baik-baik saja... 

Kalau rasa sakit, jumpalah doktor dan dapatkan rawatan. InsyaAllah semuanya dipermudahkan Allah. 

Lagi entri berkaitan batu karang hempedu:
1. Akhirnya Hempedu Dibuang
2. Amalan Selepas Buang Hempedu
3. Menu Sepanjang Berpantang
4. Perkongsian Pakar Pemakanan
5. Bolehkah Menyusukan Anak Jika Bersedia Untuk Pembedahan




Thursday, April 25, 2013

Tak Pernah Percaya!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Saya dapat email ni... (kalau rajin baca)... Jika betul, dia sedang sakit, saya doakan agar dia segera sembuh... Yang penting saya tak pernah percaya pada email seumpama ini...



Wednesday, April 24, 2013

Wordless Wednesday #19



Titans Cleaning Service, Terbaik! (^_^)

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Seperti yang saya janjikan dalam entri ini, saya nak kongsikan pengalaman saya mendapatkan khidmat pembersihan (cleaning service) dari Titans Cleaning Services. Disebabkan penyewa lama nak keluar dari rumah tu, maka saya kenalah pastikan rumah tu bersih untuk penyewa baru masuk. 

Seriously, masa mula-mula tengok rumah tu saya rasa nak menangis... Nak tahu kenapa? (AMARAN: Kepada mereka yang penggeli, sila JANGAN TENGOK)

Di bahagian dapur...
Mereka memasak di bahagian ini...
Semua 5 kipas berhabuk tebal... termasuk yang ni...
Bilik air di master bedroom...
Bilik air kedua...
Sedihkan?! Itupun ruang tamu dan bilik saya tak ambil gambarnya sebab barang mereka pun masih banyak lagi ketika tu... Oh ya, penyewa saya adalah 4 orang budak bujang bekerja yang dibawa oleh agen saya ketika tu... so what do you expect from the bachelors kan?! Saya memang dah agak benda ni akan jadi... dan saya tak nak penyewa bujang sebenarnya! Tapi ketika itu, kami tak de pilihan... plus kami kasihankan mereka yang terdesak mencari rumah sewa...

Ye la, saya memang berhajat nak duduk rumah tu satu hari nanti bila Encik hubby dipanggil untuk berkhidmat di Kuala Lumpur semula. Rumah tu pun tak plan untuk disewakan. Sebelum ada orang nak menyewa, rumah tu pun dah kosong dalam setahun lebih. Kami cuma menjenguk sekali sekala bila turun ke KL. Kata orang rumah tinggal lama-lama tak berpenghuni pun tak elok juga... Maka kami sewakan... 

Apapun, setelah dibersihkan oleh Titans Cleaning Services... Saya sangat-sangat berpuas hati... Inilah hasilnya... (^_^)

Dinding di dapur dah bersih :)
Sinki berkilat!
Kipas bersih... macam baru...
Siap buka dan bersihkan...
Toilet dua-dua dah bersih... Kesian mereka menyental... Lama!
Siap bersihkan tingkap di bahagian luar... berdiri kat bumbung...
Sangat-sangat berterima kasih kepada pekerja  Titans Cleaning Services sebab bersihkan rumah sewa kami... Mereka yang membersihkan satu rumah sewa saya, luar dan dalam, lantai ke siling... hanya 2 orang (selama lebih kurang 9-10 jam mereka membersihkan rumah tu... bermula 10 pagi) dan semuanya bersih! Sangat puas hati...

Kata Encik hubby di sebelah pagi tu, kedua-dua pekerja (seorang India dan seorang warga Indonesia) ada juga 'bising' katanya, "Ini orang tak pernah cuci ka? Macam mana boleh hidup?"  :p

Oh ya... Jumlah yang kami bayar kepada Titans Cleaning Services adalah RM300. Atas persetujuan dengan penyewa, kami tolak RM300 dari deposit ketika mula-mula mereka masuk dulu... So, selesai masalah... dan sekarang dah pun masuk penyewa baru. Pasangan baru berkahwin... Moga mereka ada rasa sayang pada rumah kami tu... Amin...  

Apapun saya sangat berterima kasih kepada penyewa lama sebab mereka tidak melanggar perjanjian yang dinding tak boleh diketuk, dipaku atau di drill... Alhamdulillah... (kalau tak satu hal pula nak menyimen dan cat...)

By the way, Titans pun ada ambil khidmat pembersihan mengikut jam: 2 jam RM70. Untuk maklumat lanjut boleh call Mr Kumar di 012-6925001/012-6925030.
 


Tuesday, April 23, 2013

Maera Ismail Giveaway 2013

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Rasa terpanggil untuk join GA ni... Kalau rakan-rakan blogger nak join juga, boleh klik banner. Penyertaaan dari 5 April 2013 hingga 9 Mei 2013. Wish me luck! ^_^




Ubati Loya Dengan Limau Nipis


Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Loya, muntah atau morning sickness (mabuk) adalah perkara biasa yang akan dihadapi oleh wanita hamil, ia normal dan berlaku kerana perubahan hormon pada tubuh wanita hamil. 

Apa yang boleh anda lakukan untuk mengatasi masalah ini adalah dengan meminum air limau nipis suam.  

Dapatkan sebiji buah limau nipis yang sedikit tua, perahkan jusnya, campurkan dengan segelas air panas suam dan sedikit gula. 

Minum setiap kali anda terasa loya atau mahu muntah. Dan kemudian dapatkan rehat yang cukup!  ^_^


Monday, April 22, 2013

Isolation Room for Encik Hubby

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Encik hubby saya mengalami demam panas... Mungkin sebab menjaga dan bermalam dengan Faris di hospital baru-baru ni... Disebabkan tak tahan sangat dia sendiri minta saya hantarkan ke Hospital Pantai setelah ubat klinik yang diambil beberapa hari lepas hampir habis...

Suhu badannya ketika dirawat adalah 39 darjah celsius. Seperti dijangka, doktor mencadangkan agar masuk wad... Sebab dah beberapa hari demam dan batuk, serta muntah-muntah. Tapi dia agak keberatan untuk duduk di wad (mungkin terlalu memikirkan anak-anak buahnya yang membuat liputan sepanjang minggu PRU13 ni)

Saya yang risaukan kesihatannya, saya juga risau kesihatan anak-anak... Maklumlah, AF pun baru baik dari demam, saya takut kalau mereka berjangkit lagi...

Disebabkan Encik hubby tidak mahu masuk wad, doktor mencadangkan agar membuat ujian darah (takut-takut kalau ada denggi atau influenza) dan doktor juga mengambil sample kahak. Alhamdulillah semuanya negatif, kiranya memang demam panas je (sama macam Faris dulu)

Di rumah, saya tak bagi Encik hubby uruskan anak-anak, saya juga tak bagi anak-anak dekat dengan abahnya... Bila batuk saya minta dia tutup mulutnya dengan tuala... (sebab tak de mask... Kalau ada mask lebih praktikal)...

Tidur di ruang tamu pun lena juga :p
Sejak Encik hubby demam, bilik utama kami dijadikan bilik pengasingan (isolation room) untuknya... Saya dan AF, tidur di bilik kedua, dan malam ni kami tidur di ruang tamu (sebab pagi ni Faris sekolah, selalu kalau Faris tak bangun lagi, Encik hubby akan dukung Faris... dan bawa dia turun... Sebab saya tak larat nak angkat Faris yang beratnya hampir 30kg, so saya decide tidur di bawah je la...)

Ketika entri ini ditaip, saya baru buatkan Encik hubby air coklat panas, suruh dia makan ubat batuk dan sapukan Vicks (jam 3.30 pagi). Dia tak boleh tidur sebab batuk yang kuat dan muntah-muntah...  Saya pun tak boleh tidur bila dengar dia batuk...

Sekarang ni tak dengar bunyi batuknya lagi... Kadang-kadang je, dan tak sekuat tadi... Mungkin dia dah boleh tidur... Kesian dia... Moga Allah kurniakan kesihatan buatnya... Amin...


Nota kaki: Jika masih tak sembuh by Selasa, Mungkin kena masuk wad juga... Please get well soon, Mr hubby...



Friday, April 19, 2013

Adab Menziarahi Orang Sakit

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,
 
Berikut adalah adab-adab ketika menziarahi mereka yang sakit, saya petik informasi ini dari rancangan Bicara Kifayah (Astro Oasis):

1. Menyegerakan untuk menziarah - apabila mendapat tahu seseorang itu jatuh sakit, maka hendaklah segera menziarahinya...

2. Memendekkan atau memanjangkan waktu ziarah, mengikut keadaan - pendekkan waktu ziarah jika pesakit nampak tidak bermaya atau terlalu ramai yang menziarahinya pada satu-satu ketika. Panjangkan waktu ziarah, jika diminta oleh pesakit atau ketika pesakit nampak bersemangat.

3. Mendoakan pesakit agar segera sembuh - doakanlah pesakit agar segera sembuh dari sakit yang ditanggungnya. Moga dengan doa itu akan menguatkan semangat pesakit untuk sembuh.

4. Sunat bertanyakan hal si pesakit kepada keluarganya - jika tidak mampu untuk menziarahi pesakit atas kesempitan masa dan jarak, bolehlah menghubungi ahli keluarga pesakit dan bertanyakan keadaanya. Tanyakan pada ahli keluarganya jika mereka memerlukan apa-apa bantuan.

5. Sunat orang menziarah duduk di kepala pesakit - apabila menziarahi pesakit, pilihlah untuk duduk/berdiri di sisi kepalanya.

6. Mengingatkan pesakit dengan ucapan La ilaha ilallah, sekiranya pesakit dalam keadaan nazak.

* Jika orang yang diziarahi sakit tenat, dikehendaki membacakan kepadanya surah Yassin - jika ajalnya belum sampai, maka in sha Allah dia akan segera sembuh. Sebaliknya jika ajalnya telah sampai, maka akan memudahkan rohnya untuk keluar dari jasad.


Nota kaki: Moga Allah memberi keizinan kepada saya dan keluarga untuk menziarah Mak Chu dan Pak Chu di Kuantan lepas PRU13 ni... (sebab sekarang Encik hubby sangat sibuk dengan liputan PRU13).



Wednesday, April 17, 2013

Mini Giveaway #3: Pemenang

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Alhamdulillah Mini Giveaway #3 yang saya anjurkan baru-baru ni telahpun ada pemenangnya... So, dengan ini saya umumkan pemenang bagi giveaway ini. Pemilik buku-buku di bawah adalah...

No. 8:
http://www.ainizakaria.my/
 
No. 11:
http://masyaamiraaimie.blogspot.com/


No 18:
http://cyanxkamo.blogspot.com/


Tahniah buat semua pemenang cabutan undi... Moga anda akan mendapat manfaat daripada buku-buku yang saya hadiahkan ini... Mudah-mudahan... ^_^

Dan tidak lupa juga, terima kasih banyak-banyak kepada semua yang sudi join giveaway ni... Anda semua memang sangat supportive

Pemenang diminta untuk emailkan alamat pada saya ya... di nora1404@yahoo.com. 


Wordless Wednesday #18






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...