Nuffnang Ads

Agoda Ads

Sunday, June 30, 2013

Resipi Mudah: Sambal Ikan Bilis Tumbuk

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Lebih kurang 9 hari lagi kita akan menyambut kedatangan Ramadhan. In sha Allah... Seronoknya nak Ramadhan dah kan...? Biasanya saya akan buat Sambal Ikan Bilis Tumbuk ni, sebab kadang-kadang waktu sahur tak berapa selera nak makan. Tapi bila nampak sambal ikan bilis tumbuk ni... Sure berselera sahur... Jom saya kongsikan resipi dari arwah ibu saya...


Bahan-bahannya:
3 genggam ikan bilis (ditumbuk lumat)
10-15 biji bawang merah (ditumbuk)
5-7 ulas bawang putih (ditumbuk)
Minyak untuk memasak

Cara memasak:
1. Satukan kesemua bahan dalam satu bekas.
2. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana.
3. Masukkan kesemua bahan ke dalam minyak panas (pastikan bahan-bahan tadi sedikit acup/tenggelam dalam minyak). Gaul dan kacau hingga sebati.
4. Masak sehingga berbuih seperti dalam gambar di bawah. (ikan bilis telah masak/garing dengan sempurna jika mula berbuih)
5. Bila dah berbuih 3-5 minit, tutup api dan angkat. (biasanya saya akan tos dulu minyak yang berlebihan...)
6. Masukkan dalam Tupperware/bekas kedap udara. Sedia untuk dimakan.

Kacau dan biarkan berbuih hingga 3-5 minit.

Selamat mencuba semua... Salam Ramadhan juga in advance... (^_^)

Friday, June 28, 2013

Side Income Dengan Tupperware

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Tupperware Brands adalah jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Produk yang sangat berkualiti ini menjadi pilihan ramai sejak dari dulu lagi. Bagaimana menjana pendapatan lebih dalam bisnes Tupperware Brands?

CONSULTANT

1. Daftar sebagai ahli/konsultan Tupperware dengan yuran keahlian hanya RM70.00.

2. Nikmati diskaun sehingga 25% ke atas barangan Tupperware Brands dan tambahan 5% ke atas barangan Nutrimetics, NatureCare dan TupperClean.

SENIOR CONSULTANT

3. Bagi melayakkan anda menikmati komisen sebanyak 3% dari total team sales:
a. Personal sale anda: RM500/sebulan
b. Dapatkan 2 orang downline atau lebih.

JIKA ANDA BERMINAT UNTUK MENJANA PENDAPATAN YANG LEBIH DARI SENIOR CONSULTANT;


DIRECTOR IN QUALIFICATION (DIQ) - 2 months challenge

4. Program DIQ akan melayakkan anda menikmati komisen 4% dari total sales anda.
a. Mendapatkan 15 orang downline atau lebih.
b. Total team sales adalah RM14,000. (Jangan risau melihat nilai total team sales tu, kerana ini adalah kerjasama dalam team...)
c. Sebaik sahaja berjaya mencapai target dalam program DIQ, anda akan mendapat bonus RM500.00 dan menjadi DIRECTOR.

DIRECTOR

5. Sebagai Director anda akan menikmati:
a. Personal sale: RM300.00/sebulan
b. Tiada tekanan pada total team sales, sebaliknya menikmati komisen 4% dari team sales.
c. Namun jika team mencapai:
     i. Total team sales: RM3,000 anda akan mendapat komisen tambahan sebanyak 2%.
     ii. Total team sales: RM5,000 anda akan mendapat komisen tambahan sebanyak 3%.
     iii. Total team sales: RM10,000 anda akan mendapat komisen tambahan sebanyak 4%.

Pelbagai lagi keistimewaan yang bakal anda dapati seperti leadership bonus, mendapat Tupperware dari luar negara secara percuma, melancong keluar negara dengan ditaja sepenuhnya oleh Tupperware Brands, atau mendapatkan kereta idaman anda; Honda City/Civic/CRV .

Jangan risau kerana kita bergerak dalam team... In sha Allah, team akan bantu on sales sikit-sikit. Yang penting kita recruit orang baru dalam team kita.

Jika berminat untuk sertai team kami, boleh hubungi/SMS/Whatsapp:
Nora: 0193441384
Kamarul: 0126526556

Like FB kami: Tupperware Kiyter

Atau boleh baca entri saya hadiri training Tupperware Brands di sini.

* Kalau tak faham, atau perlukan informasi lanjut boleh tanya ya... Kami sedia membantu anda untuk menjana pendapatan lebih... (^_^)


Nota kaki: Benda ni sebenarnya mudah... tapi bila diterjemahkan dalam perkataan macam ni nampak complicated pula! Alahai... Tapi serious, tak susah mana pun sebenarnya...   


Thursday, June 27, 2013

Eksperimen Menghidu & Merasa...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,


Mengajar anak-anak bukanlah hanya pada waktu khusus semata-mata. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa... Boleh dikatakan setiap masa! 

Bagi mereka yang mempunyai anak berusia 5 dan 6 tahun, anda boleh gunakan situasi sekitar anda seperti papan tanda, warna pokok dan bunga, bentuk bangunan dan lain-lain sebagai proses pembelajaran buat mereka.

Berkomunikasilah dengan anak-anak anda dengan kerap agar mereka akan lebih alert dengan keadaan sekeliling.

Selain tu, time makan pun anda boleh bereksperimen dengan anak-anak seusia AF saya (3 & 6 tahun). Kebetulan saya dan encik hubby order mee goreng mamak. Dan kebiasaannya, ada diletakkan limau kasturi untuk penyedap rasa.

Faris: Mama makan apa tu? (sambil tunjuk pada limau kasturi tu..)

Saya: Ni?! Ni nama dia limau... 

Faris: Sedap ke sayur tu? (tak sempat saya nak explain, Faris dah tanya soalan lain..)

Saya: Sedap! Rasa limau ni... masam! (sambil buat muka/rasa masam. Faris dah tersengih-sengih). 

Saya pun tunjukkan pada Faris (sambil diperhatikan oleh Alisya) macam mana nak perah limau pada mee goreng... AF saya khusyuk tengok... 

Faris: Em... bau wangi la mama... (bila bau limau yang diperah tu sampai ke hidungnya...)

Saya: Wangikan bau dia?! Cuba bau dekat-dekat... (lalu saya dekatkan limau tu pada hidungnya... Faris suka... tapi tidak Alisya... Alisya kata bau masam..) Kalau Abah balik kerja, bagi Abah bau limau ni... nanti Abah tak penat dah... (cuba menerangkan bahawa bau limau/lemon/citrus, boleh release rasa stress/tension, tapi dalam bahasa yang mudah difahami Faris...)

Faris: Ha ah, nanti Faris balik sekolah pun boleh bau limau... Mama dah masak pun boleh bau limau... nanti tak penat dah...

Saya: Pandai... Ni samakan macam yang mama tanam tu? (merujuk pada pokok limau kasturi yang saya tanam di depan rumah)

Alisya: Ha ah, sama...! Yang macam adik siram tu... (sambil buat gaya siram pokok. Sebab Alisya rajin tolong saya siram pokok limau tu)


Saya: Pandai Alisya... Faris nak rasa tak limau ni? (saya bagi dia rasa...

Mula-mula dia tak nak, bila saya cakap elok-elok, akhirnya dia rasa juga... Lepas rasa mimik mukanya memang nampak sangat dia dapat rasa kemasaman limau tu... 

Faris: Faris tak boleh makan la yang ni... Masam sangat.... tapi bau wangi!

Komen terakhirnya sebelum kami bereksperimen sekali lagi: memerah, menghidu dan merasa limau tu... Sampai sekarang Faris masih bercerita tentang kemasaman dan wanginya bau limau kasturi tu...  

Even, bila nampak limau kasturi ni di kedai, supermarket atau pasar malam, dia akan cerita semula pengalamannya menghidu dan merasa limau tu... Seronok sangat bila dia boleh kaitkan dengan previous experience dia...  (^_^)

Nora Karim
Di mana-mana pun boleh ajar anak.
t.me/dialoguda

Buat Sendiri: Cili Kering Kisar / Pes Cili Kering

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,


Beberapa kali juga saya perasan keyword cili kering kisar yang dicari di dalam blog saya ni. Tapi baru ni saya print screen. Disebabkan keyword ni "rajin" keluar, makanya saya buatlah entri tentang cili kering kisar atau pes cili kering versi saya ya... ^_^

Bahan-bahan yang diperlukan:
2 atau 3 genggam cili kering (rebus dan toskan)
25 biji bawang merah (kupas kulit dan bersihkan)
15 ulas bawang putih (kupas kulit dan bersihkan)
2 inci belacan (atau ikut berapa banyak nak letak) 
Sedikit garam kasar
Sedikit air (tidak perlu banyak, asal blender boleh berputar)

* saya biasanya agak-agak je berapa banyak nak diblend.*

Cara-caranya:
1. Blendkan semua bahan. 
2. Masukkan ke dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk. 

Bolehlah digunakan pada bila-bila masa. Mudahkan?! Cili kering kisar ni boleh tahan lama... So, memang tak de masalah jika disimpan dalam peti sejuk. Dengan cili kering kisar anda boleh masak:

Mee atau bihun goreng
Nasi goreng
Ayam goreng berempah (perapan)
Paprik ayam
Sambal ayam
Sambal ikan (berkuah)
Sambal ikan bilis + tempe
Sambal ikan tenggiri
Sambal kentang + ikan bilis
Sambal sotong
Sambal telur rebus / telur pecah
Sambal terung
Sambal udang
Ayam Masak Merah
Asam Pedas Ikan Kembung

Dan macam-macam lagilah boleh dimasak dengan cili kering kisar ni... Kadang-kadang saya masukkan juga pes ni dalam masakan kari saya... Tak kisahlah... Masak asam pedas pun boleh... Tentu anda lebih kreatif dari saya... ^_^

Entri berkaitan:

Mudah bila dah siapkan semuanya... Jimat masa di dapur.





Kagum Dengan Ping Busuk

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Beberapa hari lepas ketika saya nak ping entri terbaru saya dalam Busuk.org, saya blur seketika... sebab mencari button login tak jumpa... Pencarian button login hari pertama gagal... Lalu saya tutup dan jenguk semula dua hari kemudiannya... 

Bila dibaca dengan teliti... Rupa-rupanya sistem ping Busuk.org kini adalah secara automatik! Wah saya sangat kagum!! Dengan sistem tersebut, para blogger tak perlu lagi memasukkan link entri secara manual. Hanya masukkan code widget, tunggu untuk di'approve' oleh Admin dan kemudiannya, entri terbaru anda akan di'update' secara automatik di Busuk.org/ping.

Boleh pilih sama ada nak banner autoping code atau
Widget trafik + autoping code

Ini pilihan saya, tanpa widget
 
Ini adalah pengesahan/semakan blog saya
 
Walla, saya dapat lihat semua entri saya disenaraikan!

Clap! Clap! Clap! Tahniah Busuk.org/ping kerana buat sistem yang memudahkan para blogger. Dengan cara ini, berblog akan jadi lebih mudah. 

* * *

Tupperware Kiyter sedang merekrut ahli baru dalam team kami. 
Nikmati diskaun sehingga 25% sebagai ahli (atas barangan Tupperware dan Nutrimetics) dengan yuran keahlian hanya RM70.00.
Jom Sertai Kami! ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...